Malam pengantin bagi pasangan suami isteri hendaklah penuh dengan
suasana kelembutan, kasih sayang dan kesenangan. Malam yang
menghubungkan suami dengan isterinya dengan tali kasih sayang dan cinta
serta menjadikan isterinya merasa tenang dengannya.
Berikut adalah beberapa adab yang diajar oleh ajaran Islam untuk membentuk kehidupan baru, semoga bermanfaat :
Kebenaran niat
Hendaklah niat suami isteri untuk menikah adalah untuk menjaga
kehormatannya, berdasarkan sabda Rasulullah saw, ” Tiga orang yang
memiliki hak atas Allah menolong mereka : seorang yang berjihad dijalan
Allah, seorang budak (berada didalam perjanjian antara dirinya dengan
tuannya) yang menginginkan penunaian dan seorang menikah yang ingin
menjaga kehormatannya. ” (HR. Ahmad, Tirmidzi, Ibnu Majah dan Hakim dari
hadits Abu Hurairoh)
Berhias dan mempercantik diri.
Hendaknya seorang isteri mempercantikkan dirinya dengan apa-apa yang
dibolehkan Allah swt. Pada dasarnya hal ini dibolehkan kecuali terhadap
apa-apa yang diharamkan oleh dalil seperti mencabuti alis dan bulu
diantara keduanya atau mengeroknya, menyambung rambut dengan rambut
lain, mentato, mengikir gigi agar lebih cantik. Diharamkan baginya juga
mengenakan pakaian yang diharamkan baik pada malam pengantin maupun di
luar malam itu. Diperbolehkan baginya menghiasi dirinya dengan emas dan
perak sebagaimana biasa dikenakan kaum wanita.
Begitu juga dengan si suami hendaknya memperhiaskan dirinya untuk
isterinya kerana hal ini merupakan bahagian dari menggaulinya dengan
cara yang baik. Firman Allah swt :
“ Akan tetapi para suami, mempunyai satu tingkatan kelebihan daripada isterinya. ” (QS. Al Baqoroh : 228)
Namun demikian hendaknya upaya menghias diri ini tetap di dalam
batasan-batasan yang dibenarkan. Tidak dibolehkan baginya mengenakan
cincin emas kecuali perak. Tidak dibolehkan baginya mencukur jenggot,
memanjangkan pakaiannya hingga ke tanah, mengenakan sutera kecuali
tehadap apa-apa yang dikecualikan syariat.
Lemah lembut terhadap isterinya saat menggaulinya
Diriwayatkan oleh Ahmad didalam al Musnad dari Asma binti Yazid bin as
Sakan berkata, ” Aku pernah merias Aisyah untuk Rasulullah saw lalu aku
mendatangi beliau saw dan mengajaknya untuk melihat kecantikan Aisyah.
Beliau saw pun mendatanginya dengan membawa segelas susu lalu beliau
meminumnya dan memberikannya kepada Aisyah maka Aisyah pun menundukkan
kepalanya kerana malu. Asma berkata,”Maka aku menegurnya. ” Dan aku
katakan kepadanya, ” Ambillah (minuman itu) dari tangan Nabi saw. ” Asma
berkata, ” Maka Aisyah pun mengambilnya lalu meminumnya sedikit. ”
Mendoakan isterinya.
Hendaklah suami meletakkan tangannya di kening isterinya dan mengatakan
seperti yang disabdakan Rasulullah saw, ” Apabila seorang dari kalian
menikah dengan seorang wanita atau membeli seorang pembantu maka
hendaklah memegang keningnya lalu menyebut nama Allah azza wa jalla dan
berdoa memohon keberkahan dengan mengatakan : Allahumma Innii Asaluka
Min Khoiriha wa Khoiri Ma Jabaltaha Alaihi. Wa Audzu bika Min Syarri wa
Syarri Ma Jabaltaha Alaih — Wahai Allah sesungguhnya aku memohon
kepada-Mu kebaikannya dan kebaikan dari apa yang Engkau berikan
kepadanya serta Aku berlindung kepada-Mu daripada keburukannya dan
keburukan yang Engkau berikan kepadanya.. ”
Melaksanakan solat dua rakaat
Diriwayatkan Ibnu Syaibah dari Ibnu Masud, dia mengatakan kepada Abi
Huraiz,”Perintahkan dia untuk solat dua rakaat di belakang (suaminya)
dan berdoa, ” Allahumma Barik Lii fii Ahlii dan Barik Lahum fii.
Allahummajma’ Bainanaa Ma Jama’ta bi Khoirin wa Farriq Bainana idza
Farroqta bi Khoirin—Wahai Allah berkahilah aku didalam keluargaku dan
berkatilah mereka didalam diriku. Wahai Allah satukanlah kami dengan
kebaikan dan pisahkanlah kami jika Engkau menghendaki (kami) berpisah
dengan kebaikan juga. ”
Apa yang dikatakan ketika melakukan jima’ atau saat menggauli isterinya.
Diriwayatkan dari Ibnu Abbas bahwa Nabi saw bersabda, ” Apabila seorang
dari kalian mendatangi isterinya maka hendaklah dia berdoa,”Allahumma
Jannibna asy Syaithon wa Jannib asy Syaithon Ma Rozaqtana - Wahai Allah
jauhilah kami dari setan dan jauhilah setan dari apa-apa yang Engkau
rezekikan kepada kami - sesungguhnya Allah Maha Mampu memberikan buat
mereka berdua seorang anak yang tidak boleh dicelakai setan selamanya. ”
Diharamkan baginya menyiarkan hal-hal yang rahsia di antara suami isteri
Diriwayatkan oleh Ahmad dari Asma binti Yazid yang saat itu duduk dekat
Rasulullah saw bersama dengan kaum laki-laki dan wanita lalu beliau saw
bersabda, ” Boleh jadi seorang laki-laki menceritakan apa yang
dilakukannya dengan isterinya dan boleh jadi seorang istri menceritakan
apa yang dilakukannya dengan suaminya.” Maka mereka pun terdiam. Lalu
aku bertanya, ” Demi Allah wahai Rasulullah sesungguhnya kaum wanita
melakukan hal itu begitu juga dengan kaum laki-laki mereka pun
melakukannya.” Beliau saw bersabda,”Janganlah kalian melakukannya.
Sesungguhnya hal itu bagaikan setan laki-laki berhubungan dengan setan
perempuan di jalan lalu (setan laki-laki) menutupi (setan perempuan)
sementara orang-orang menyaksikannya.
Berwudhu diantara dua jima’ meskipun mandi adalah lebih utama
Apabila seorang suami menggauli isterinya lalu dia ingin kembali
mengulanginya maka yang paling utama baginya adalah berwudhu sehingga
dapat mengembalikan tenaganya, sebagaimana yang diriwayatkan oleh Muslim
dari Abi Said al Khudriy berkata, ” Rasulullah saw bersabda,’Apabila
seorang dari kalian menggauli isterinya kemudian dia ingin mengulanginya
lagi maka berwudhulah di antara kedua (jima) itu. ”
Didalam sebuah riwayat, ” Seperti wudhu hendak solat. ” (HR. Muslim) Abu
Naim menambahkan,” Sesungguhnya hal itu akan mengembalikan tenaganya.”
Mandi lebih utama, sebagaimana diriwayatkan oleh Abu Daud dari Rafi’
bahwa Nabi saw mengelilingi para isterinya dan mandi ketika (hendak
menggauli) isteri yang ini dan juga dengan yang isteri ini. Dia berkata,
” Aku bertanya kepadanya,’Wahai Rasulullah apakah tidak cukup hanya
dengan sekali mandi?’ beliau saw menjawab,”Ini lebih suci. Lebih wangi
dan lebih bersih. ”
Sebaik-baiknya bagi orang yang ingin tidur dalam keadaan junub hendaknya
berwudhu dengan wudhu seperti untuk solat terlebih dahulu, sebagaimana
diriwayatkan oleh Bukhori dan Muslim dari Ibnu Umar bahwa Umar berkata,”
Wahai Rasulullah apakah seorang dari kami tidur sementara dia dalam
keadaan junub?’ beliau saw menjawab,”Ya, hendaklah dia berwudhu.” Di
dalam sebuah riwayat,” Berwudhu dan cucilah kemaluanmu lalu tidurlah. ”
Wudhu ini merupakan sebuah anjuran dan bukan sebuah kewajiban,
sebagaimana diriwayatkan oleh Umar ketika bertanya kepada Rasul saw, ”
Apakah seorang dari kami tidur sementara dirinya junub?” beliau saw
menjawab,”Ya dan hendaklah dirinya berwudhu jika mau. ”. Diriwayatkan
oleh Ashabus Sunan dari Aisyah berkata, ” Rasulullah saw pernah tidur
dalam keadaan junub tanpa menyentuh air hingga dia terbangun setelah itu
dan mandi. ”
Dibolehkan pula untuk bertayammum, sebagaimana diriwayatkan oleh Baihaqi
dari Aisyah berkata, ” Rasulullah saw jika dirinya junub dan hendak
tidur maka dia berwudhu atau bertayammum. ”
Mandi berduaan
Dibolehkan bagi suami isteri untuk mandi secara bersama-sama dalam satu
wadah, sebagaimana diriwayatkan oleh Bukhori dan Muslim dari Aisyah
berkata,” Aku mandi bersama Rasulullah saw dari satu wadah antara diriku
dengan dirinya. Tangan kami saling bergantian berebutan sehingga aku
mengatakan, ” tinggalkan (sedikit air) buatku, tinggalkan buatku.” Dia
berkata, ” Mereka berdua dalam keadaan junub. ”
Dari hadith diatas maka diperbolehkan keduanya telanjang dan saling melihat aurat satu dengan yang lainnya.
Didalam hadith yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan Ibnu Majah dari
Muawiyah bin Haidah berkata,” Aku berkata,’Wahai Rasulullah. Apa yang
dibolehkan dan dilarang dari aurat kami?’ beliau menjawab,”Jagalah
auratmu kecuali terhadap istri atau budakmu. ” Maka dibolehkan bagi
salah seorang dari pasangan suami isteri untuk melihat seluruh badan
pasangannya dan menyentuhnya hingga kemaluannya berdasarkan hadith ini,
kerana kemaluan adalah tempat kenikmatan maka dibolehkan melihat dan
menyentuhnya seperti bahagian tubuh lainnya.
Bersenda gurau dengan isteri
Dibolehkan bersenda gurau dan bermain-main dengan isterinya di tempat
tidur, sebagaimana sabdanya saw : ”Mengapa bukan dengan gadis maka
engkau boleh bermain-main dengannya dan dia boleh bermain-main denganmu.
” (HR. Bukhori dan Muslim) dan didalam riwayat Muslim,”Engkau akan
bahagia dengannya dan dia pula akan bahagia denganmu.”
Diantara senda gurau dan mempergaulinya dengan baik adalah ciuman suami
walaupun bukan untuk jima’. Rasulullah saw mencium dan menyentuh
isteri-isterinya meskipun mereka dalam keadaan haidh atau beliau mencium
dan menyentuhnya meski beliau sedang dalam keadaan puasa.
Sebagaimana terdapat didalam ash Shahihain dan lainnya dari Aisyah dan
Maimunah bahkan juga diriwayatkan oleh Ahmad dan Abu Daud dari Aisyah
berkata, ” Nabi saw mencium sebahagian isteri-isterinya kemudian beliau
keluar menuju solat dan tidak berwudhu lagi. ” Ini sebagai dalil bahwa
mencium istri tidaklah membatalkan wudhu.
Dibolehkan ‘Azal
Dibolehkan bagi seorang suami untuk melakukan ‘azal iaitu mengeluarkan
air maninya di luar kemaluan isterinya, sebagaimana diriwayatkan oleh
Bukhori dan Muslim dari Jabir bin Abdullah berkata, ” Kami melakukan
‘azal sementara al Qur’an masih turun.” Di dalam sebuah riwayat, ” Kami
melakukan ‘azal pada masa Rasulullah saw dan hal ini sampai kepada Nabi
saw dan beliau saw tidaklah melarangnya. ”
Meskipun demikian yang paling utama adalah meninggalkan ‘azl kerana hal
itu dapat mengurangi kenikmatan baginya dan bagi isterinya dan kerana
hal itu juga dapat menghilangkan tujuan dari pernikahan iaitu
memperbanyakkan keturunan umat ini, berdasarkan sabda Rasulullah saw, ”
Nikahilah oleh kalian (wanita-wanita) yang dapat mendatangkan anak lagi
mendatangkan kasih sayang. Sesungguhnya aku akan membanggakan banyaknya
(jumlah) kalian di hadapan semua umat pada hari kiamat. ”
Akan tetapi tidak diperbolehkan bagi seorang muslim melakukan ‘azal selamanya kerana dapat membatasi dan mencegah keturunan…..
Mengunjungi kerabat pada pagi harinya
Dianjurkan baginya pada pagi harinya untuk mengunjungi kaum kerabatnya yang telah memenuhi undangannya..
Berdasarkan hadith Anas berkata, ” Rasulullah saw mengadakan pesta saat
menikah dengan Zainab. Kaum muslimin dikenyangkan dengan roti dan
daging. Kemudian beliau saw keluar menemui ibu-ibu kaum mukminin
(isteri-isterinya saw) dan mengucapkan salam kepada mereka, mendoakan
mereka dan mereka pun menyambut salamnya dan mendoakannya, beliau
lakukan itu pada pagi hari setelah malam pengantinnya.”
0 comments:
Post a Comment